Fungsi dan Tanggungjawab Kementerian_Sumber_Manusia_Malaysia

  • Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berdisiplin di samping mempunyai nilai-nilai positif dan etika kerja yang baik.
  • Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
  • Mengurus secara cekap dan berkecuali penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
  • Mengawasi dan memantau perkembangan dan pergerakan kesatuan-kesatuan sekerja agar sentiasa teratur berdasarkan kepentingan negara.
  • Mengurus perhubungan antarabangsa dalam bidang pentadbiran perburuhan, kerjasama teknikal dalam perkara-perkara perburuhan dan pembangunan sumber manusia.
  • Menggalak dan menyelaraskan pembangunan kerjasama tiga pihak (tripartisme) di kalangan pekerja, majikan dan pihak Kerajaan serta mewujudkan suasana perhubungan yang harmoni ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
  • Merancang dan membangunkan sumber manusia menerusi pengawalan dan analisis pasaran buruh bagi menggubal dasar-dasar berhubung guna tenaga, pembangunan kemahiran tenaga kerja dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan.
  • Mengemaskini dan melaksanakan Dasar Latihan Vokasional Kebangsaan dan strategi-strateginya yang akan memenuhi keperluan latihan tenaga kerja di sektor swasta.
  • Mengkaji semula, mengemaskini dan membangunkan sukatan latihan kemahiran (NOSS), sistem pensijilan kemahiran (MOSQ) dan standard kemahiran bagi menyokong pelaksanaannya.
  • Mengemaskini dan melaksanakan secara cekap perkhidmatan keselamatan sosial untuk memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi disediakan untuk tenaga kerja.